SK DATO' NANING
ALOR GAJAH, MELAKA
MALAYSIA

[pengenalan][organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][link]

DATO' NANING

Pada tahun 1832 perang Naning berakhir antara pihak kerajaan Inggeris di Melaka dengan Naning yang lebih dikenali sebagai Perang Naning. Peperangan ini dikatakan berpunca daripada keengganan orang Melayu Naning membayar 1/10 daripada hasil pendapatan mereka kepada pihak berkuasa kerajaan Inggeris Melaka. Orang-orang Melayu Naning diketuai oleh Penghulunya, Dato’ Naning Abdul Said atau Dol Said. Setelah beberapa kali kerajaan Inggeris gagal memujuk Dato’ Naning supaya membayar ufti 1/10, pada bulan Julai1831, satu pasukan eramai 150 askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh kerajaan Inggeris ke Naning untuk menghancurkan pasukan Dato’ Naning dan orang-orangnya. Askar-askar ini telah ditentang dan dikalahkan oleh orang-orang Dato’ Naning dengan bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Shaaban menantu Raja Ali. Serangan ini merupakan serangan pertama.

Inggeris sedar bahawa kekuatan Naning dan Rembau tidak mudah dikalahkan. Oleh itu, daripada bula September 1831 hingga Januari 1832 beberapa siri rundingan antara Raja Ali dari Rembau dengan pihak kerajaan Inggeris di Melaka telah diadakan dan akhirnya pada 28 Januari 1832 satu perjanjian telah dipersetujui dan ditandatangani. Mengikut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menyerang antara satu sama lain dan Rembau diiktiraf sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran kerajaannya. Sebagai ganjaran, Raja Ali menarik balik pasukannya dari Naning dan mengurangkan kekuatannya kepada kira-kira 600 orang dan beberapa bulan kemudian bergabung dengan pasukan Inggeris.

Pada bulan April 1832 pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban dan askar-askar inggeris berjumlah 1200 hingga 1400 orang yang lain diketuai oleh Kolenel Herbertmenyersng Naning bagi kali yang kedua. Dalam serangan kedua ini dan setelah berlaku beberapa pertempuran selama lebih kurang dua bulan, Tabuh, ibu negeri dan pusat gerakan Dato’ Dol Said dapat ditawan dan Dato’ Dol Said serta pengikut-pengikutnya berundur.

Setelah berjaya kerajaan Inggeris tidak berniat untuk mentadbir Naning oleh sebab hasil mahsulnya tidak akan dapat menampung perbelanjaan pentadbirannya. Raja Ali pula menolak tawaran supaya Naning dimasukkan ke dalam wilayah Rembau. Oleh itu, Naning dimasukkan ke dalam pentadbiran wilayah Melaka. Jawatan Penghulu suku dihapuskan dan seorang ‘Supertendent’ yang berketurunan Belanda dan 15 orang ketua kampung dilantik bagi memungut cukai dan menjalankan undang-undang dan mengawal ketenteraman di daerah masing-masing.

 

(lihat, Mohd Shah b Mohd Said al-Haj, 1996. TAMBO ALAM NANING ms458, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)

SK Dato' Naning
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
tel 06 561299 e-mail skdnweb@hotmail.com http://members.xoom.com/skdnagmel
web master MOHD YUSOF SULAIMAN
September 1999

[pengenalan] [organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][links]

next  perang naning