SK DATO' NANING
ALOR GAJAH, MELAKA
MALAYSIA

[pengenalan][organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][links]

KATA ALUAN GURU BESAR

Salam sejahtera kepada semua yang melayari laman ini. Saya mengucapkan bersyukur kerana sekolah ini telah dapat menyediakan laman ini dengan baik.
Laman ini sangat berguna untuk mendapatkan maklumat Sekolah Kebangsaan Dato' Naning, berkenaan sejarah, guru-guru dan staf, pentadbiran, lokasi, kemudahan yang ada dan bilangan murid.
Disamping itu laman ini juga mengalakkan guru-guru menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Sementara murid-murid dapat mempelajari mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam lebih menarik dan kerkesan.
Saya mengucapkan terima ksaih kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang telah melatih guru sekolah ini untuk membina laman ini. Ucapan terima kasih juga kepada En Mohd Yusof Sulaiman yang telah membuat asas membinaan laman ini.

EN MD ISA B HJ AHMAD
Guru besar
(web master)
SK Dato' Naning
Alor Gajah, Melaka


Oktober 1999

[pengenalan] [organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][links]

homenext