SK DATO' NANING
ALOR GAJAH, MELAKA
MALAYSIA

[pengenalan][organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][links]

MOTTO SEKOLAH

USAHA PUNCA JAYA

USAHA bermaksud daya usaha murid dan guru dalam membentuk pemikiran dan tenaga untuk merancang, membuat dan menyelesaikan sesuatu tugasan atau aktiviti.

PUNCA bermaksud pangkal atau perdu yang menjadi permulaan atau tapak untuk murid dan guru mencapai kejayaan sesuatu tugasan atau aktiviti.

JAYA bermaksud murid dan guru mencapai kemenangan atau kecemerlangan daripada sesuatu tugas atau aktiviti yang dilaksananakan.

Diharap dengan semangat cogan kata ini menjadi motivasi kepada murid danguru sekolah ini sentiasa bersedia, menggunakan pemikiran yang sempurna dengan tenaga yang dimilikinya untuk mencapai kejayaan. Dengan ini, diharap murid dan guru sentiasa bercita-cita tinggi dan tidak berputus asa. Seandainya mendapat kegagalan. murid dan guru akan mencuba lagi sehingga mendapat kejayaan atau cita-citanya.

[pengenalan] [organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][links]

homenext