SK DATO' NANING
ALOR GAJAH, MELAKA
MALAYSIA

[pengenalan][organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][pautan]

PERANG NANING

Punca perang Naning disebabkan kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada ketika itu. Fullerton bertegas bahawa melalui Perjanjian 1801 antara Dato’ Naning Dol Said dengan Kolonel Tylor (Residen British di Melaka) dan Perjanjian 1807, antara Dato’Naning dengan Farquhar (Residen British di Melaka selepas Tylor) menunjukkan bahawa Naning tertakluk penuh kedaulatan British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris berhak memungut cukai pertanian 1/10 daripada keseluruhan hasil pendapatan. Sedangkan mengikut Braddell, seorang pegawai Negeri-Negeri Selat yang meneliti dengan mendalam rekod-rekod Belanda di Melaka, mendapati bahawa pada praktisnya Belanda tidak pernah melaksanakan syarat-syarat cukai 1/10 itu, malah katanya bahawa Belanda yang sepatutnya berhak (melalui Perjanjian 1643) mengawal pentadbiran dan menerima sepenuhnya 1/10 ufti hasil padi hanya wujud di atas kertas sahaja bukan semua hak itu usang kerana telah lama tidak dilaksananakan dan orang-orang Melayu pun sudah lupa tentangnya.

Bahkan, dikatakan juga oleh Braddell bahawa "Penghulu (Dato’ Naning) terus mempunyai kuasa juristiksi sepenuhnya ke atas Naning seperti mana dahulu hinggakan kepada soal hidup dan mati sehingga tahun 1807" apabila Farquhar mengambil haknya menentukan hukum bunuh. Tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa sepanjang tempuh ini Penghulu atau ketua-ketua kampung yang di bawah kekuasaanya datang ke Melaka pada tiap-tiap tahun untuk menghadap Gebenor. Gebenor Ibeston (gebenor yang baru) menyedari kesilapan-kesilapan Fullerton itu tetapi tiada dapat berbuat apa-apa oleh sebab arahan telah pun dikeluarkan oleh Kerajaan Tertinggi di India melalui surat-surat bertarikh 2 Jun 1830 yang menyokong pendapat-pendapat Fullerton bahawaSyarikat Hindia Timur Inggeris berhak kedaulatan ke atas Naning.

Pada 17 Januari 1831, Ibeston menjelaskan kepada Kerajaan Tertinggi di India adalah sudah terlewat baginya untuk mengawal keadaan dengan menarik balik cukai 1/10 itu sepanjang Dol Said masih hidup oleh sebab pihak Inggeris telah bertindak terlalu jauh untuk berpatah balik ke dasar asal, lagi pun ini akan menggalakkan penduduk Melaka tidak membayar cukai 1/10 itu.

 

(lihat, L.A.Mills, 1966. BRITISH MALAYA 1824-67, Kuala Lumpur: Oxfort Universiti Press, hlm. 116-7 &124, dlm. Mohd Shah b Mohd Said al-Haj, 1996. TAMBO ALAM NANING ms458, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)

 

SK Dato' Naning
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
tel 06 561299 e-mail skdnweb@hotmail.com http://members.xoom.com/skdnagmel
web master MOHD YUSOF SULAIMAN
September 1999

[pengenalan] [organisasi][akademik][hal ehwal murid][ko kurikulum][buletin][pautan]

next